Koleksi Lawak

Sarapan Pagi Istimewa

Seorang lelaki melihat sebuah papan tanda di sebuah restaurant yang bertulis “SARAPAN PAGI ISTIMEWA”, dan lelaki tersebut tertarik dan memasuki restaurant tersebut. Pelayan membawakan minuman dan bertanya kepada lelaki tersebut, apa yang akan dipesan. Lelaki tersebut bertanya dengan penuh rasa ingin tahu kepada pelayan tersebut “Apa SARAPAN PAGI ISTIMEWA hari ini? “Lidah ayam bakar”, pelayan tersebut menjawab dengan nada bangga! “Lidah ayam bakar?? Lidah ayam bakar! Tidakkah kamu tahu bahawa hal itu sangat menjijikkan? Saya tidak akan sesekali makan apapun yang keluar dari mulut seekor ayam!” kata lelaki tersebut. Kemudian pelayan tersebut bertanya “Kalau begitu encik mahu sarapan apa? “Bawakan saya telur rebus!” jawab lelaki tersebut. “Itukan dari ‘bontot” ayam!” jawab pelayan dengan selamba.

Bapa Dan 3 Anaknya

Seorang bapa berjalan dengan 3 orang anaknya, masing-masing berumur 8, 5 dan 3 tahun. Mereka memasuki kedai tempat saya bekerja. Bapa itu kelihatan sedang berfikir keras ketika saya bertanya,
“Ada yang dapat saya bantu?”
“Saya berasa perlu untuk membeli sesuatu, tetapi saya tidak dapat mengingati apa yang ingin saya beli,” jawab bapa itu. Lalu bapa itu memandang ke arah anak-anaknya dan bertanya, “Baiklah anak-anak, selain katil dan pintu bilik mandi, benda apa lagi yang korang rosakkan dalam minggu ini?”

Siapa Diluar?!

Seorang penjenayah tua yg menyorok di pinggiran kampung sedang sakit tenat. Dia sedang berbaring di atas katil lusuhnya. Tiba-tiba terdengar ketukan keras di pintu luar.
“Siapa di luar?” teriak orang tua itu dengan ketakutan.
“Saya Malaikat Maut!”
“Oh, syukurlah. Saya ingat yang datang anggota Polis !”

Ingat! Seperti Bom Tangan

Apabila beberapa orang pekerja sebuah restoran nasi kandar menghadiri satu Seminar Kebakaran & Keselamatan di Penang, mereka melihat pegawai bomba membuat demonstrasi memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api (fire extinguiser) dengan begitu berminat sekali.

“Cabut pin ini seperti mencabut pin bom tangan,” pegawai itu menerangkan. “Kemudian tekan di sini untuk mengeluarkan ‘foam’nya.” terang pegawai itu lebih lanjut.

Tidak lama kemudian, seorang pekerja restoran nasi kandar berkenaan telah dipilih untuk mengawal kebakaran di tempat letak kereta.

Disebabkan kegugupannya, dia terlupa untuk mencabut pin alat pemadam api tersebut. Pegawai itu kemudiannya memberikan klunya, “Ingat ! Seperti bom tangan.” Seperti timbul satu keyakinan baru kepada pekerja restoran nasi kandar itu, ia pun dengan segera mencabut pin dan melontarkan alat pemadam api itu ke dalam kawasan kebakaran tersebut.


English


Ayah: Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer…! Apasal hah?Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat
bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah
abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.


Sudu

Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit: Eh! tak boleh la doktor.
Doktor: Kenapa?
Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer.

Anda Tahu Siapa Aku?


Seorang lelaki sedang asyik memancing di sebuah kolam. Seseorang mendekatinya.”Banyak dapat ikan, kawan?” tanya orang itu.
“Wah, luarbiasa sekali! Semalam saja aku mendapat 30 ekor ikan yang besar-besar.”
“Hm, anda tau siapa aku?” “Tidak,” jawabnya.
“Aku pemilik kolam ini.”
“Dan anda tau siapa aku?” tanya lelaki itu cepat-cepat.
“Tidak.”
“Aku pembohong besar di kota ini.”


Ok, dah kena!


Seorang ibu mahu mengundur kereta, seperti biasa dia cakap dengan anaknya. Anak dia ini baru berumur 8 tahun. Dia cakap “Mak nak undur kereta, kalau kena cakap ye!”
“Ok!” kata anak dia.
Si ibu pun undur keretanya.
“Lagi mak undur lagi” kata anak dia.
“Lagi lagi” kata anak dia.
Si ibu pun undur lagi, tiba-tiba “DAMM” kereta yg dia undur tu terlanggar
pokok kat belakang.
Anak dia pun menjerit” OK! Mak, dah kena!”


Wanita Seksi

Seorang wanita cantik dan seksi terjatuh dari tingkat 80 sebuah bangunan . Sampai jer di tingkat 70, seorang lelaki Inggeris berjaya menyambutnya.

Wanita: Terima kasih, anda telah menolong saya…
Lelaki Inggeris: Sama², tapi anda harus membalas budi..
Wanita: Bagaimana?
Lelaki Inggeris: Tidur dengan aku….
Wanita: Tak guna, kau ingat aku pelacur?! Tidak!!
Lelaki Inggeris: Baiklah kalau begitu…

Lelaki Inggeris itu melepaskan semula wanita itu.

Di tingkat 50, seorg lelaki Perancis berjaya menyambut wanita itu.

Wanita: Terima kasih, anda telah menolong saya..
Lelaki Perancis: Sama-sama, tapi anda harus membalas budi..
Wanita: Bagaimana?
Lelaki Perancis: Tidur dengan aku…
Wanita: Tak guna!! Aku tak mahu!
Lelaki Perancis: Kalau begitu, tak guna aku selamatkan kamu…

Lelaki Perancis itu melepaskan semula wanita itu.

Dari tingkat 50, 40.. dan 30, tidak ada sesiapa pun yang dapat menangkap wanita itu.Wanita itu mula ketakutan dan berharap, jika ada orang yang menyelamatkannya, dia tidak lagi kisah jika terpaksa tidur dengan orang tersebut.

Akhirnya di tingkat 20, seorang lelaki Arab berjaya menyambut wanita itu.
Belum sempat lelaki Arab itu bersuara, wanit a itu terlebih dahulu berkata-kata…

Wanita: Terima kasih, anda telah menolong saya.. Sebagai membalas jasa, saya akan tidur dengan anda..
Lelaki Arab: Astaghfirullah… (lalu melepaskan semula wanita itu
kerana terkejut..)


Petai


Ada seorang asli baru balik daripada mencari petai. Kemudian bertemu dia dengan seorang peraih petai Cina.

Berundinglah kedua orang tersebut. Bersetujulah mereka dengan tawaran harga RM 1.00 bagi satu papan petai. Cina itu mengatakan ia akan datang mengambilnya kemudian.

Seketika peninggalan peraih Cina tersebut, datang seorang Melayu berselisih pula dengan pencari petai tadi. Berhenti ia bertanya “En., petai ini juallah kepada saya.”. Tapi orang asli itu enggan. Katanya “Saya sudah janji dengan Cina tadi”. “Dia akan datang mengambilnya petang nanti”.

“Juallah En., berapapun dia bayar, saya sanggup bayar”. Namun orang asli itu tetap enggan menjualnya. Selepas menggunakan segala jenis pujuk rayu, akhirnya berjaya juga ia membeli petai itu. Ia pun pulanglah dengan gembiranya. 100 papan semuanya petai tersebut, telah diborong kesemuanya.

Sampai di rumah, selepas berehat seketika, terasa di hati kecilnya untuk mengira jumlah petai yang ada. alangkah terkejutnya, bila mendapati hanya 90 papan sahaja. Mana perginya 10 papan lagi. Tercicir dalam perjalanankah?. Mana mungkin?. Ia berasa tidak puas hati. Ia segera turun ke bawah rumah, mengambil motosikal kapcainya, dengan penuh semangat geram bergegas dan meluncur macam roket ke rumah orang asli tadi.

Sampai di sana terus bertanya kepada orang asli tadi. “Tadi aku bayar kau untuk 100 papan. Kenapa kau beri aku hanya 90 papan sahaja?. Orang asli itu dengan selamba rocknya berkata “Itulah encik, saya sebenarnya nak tipu Cina, tapi encik nak juga”.


Meniru Semasa Peperiksaan


Suatu hari ayah Naim dipanggil guru besar sekolah kerana Naim didapati selalu meniru di dalam ujian. Setiap kali ujian, Naim didakwa selalu duduk disebelah Azim.

Ayah: Saya tak percaya anak saya meniru setiap kali ujian!

Cikgu: Betul Encik, kami bukan tuduh begitu sahaja.

Ayah: Ape buktinya?

Cikgu: Nah, ini buktinya kalo encik tak percaya tengoklah sendiri.

Ayah Naim melihat kertas jawapan Naim dan Azim. Soalan pertama: Siapakah bapa kemerdekaan Malaysia? Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra.

Ayah: Memanglah jawapan mereka sama. Macam mana cikgu kata anak saya meniru?

Cikgu: Sabar Encik, cuba encik lihat soalan kedua.

Ayah Naim melihat soalan kedua: Pada tahun berapakah negara kita mencapai kemerdekaan? Sekali lagi Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama: 31 Ogos 1957. Ayah Naim sekali lagi marah, tetapi ditenteramkan untuk membaca soalan ketiga: Siapakah yang duduk disebelah Tunku Abdul Rahman di stadium merdeka?

Azim menulis: Maaf, saya tak tahu.

Naim menulis: Kalau kau tak tahu aku lagi tak tahu!!!


0 comment: